Syukran Ya Allah

Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers

Saturday, April 16, 2011

siri 1: KISAH LurVe MEREKA :) kita akan kawen kan kan kan

HAI READERS! HAAAAA NGAH WATPER TU! INTAI BLOG SAYA YER! BACA APA??? CARI ENTRY BARU EAK...Xper xper, keep reading k, tetamu itu membawa seribu rahmat pada tuan rumah..

Nak tau x???ce citer ce citer...
balik keja tadi, Ayang terus mandi n semestinya mencapai laptop roomate untuk mencari bahan bacaan masa depan..of coz ttg diri seorang perempuan...Ayang kurang pengetahuan sikit bab bab pompuan even i'm a gurl!...after that, of coz ler tangan ni gatai sangat nak on FB...update status n w'ever...then, ada la terbaca ttg entry 1 kawan ni, dia amek post ni dari page I LURVE ISLAM...citer berkaitan pasangan yang berkahwin..

Reading MOOD: sedih wehhh, berair ayaq mata nih..tersentuh jiwa..
Tapi kan, dia punya view ada betui gak..but for me..it depends on individual.depends on our NIAT..k
:-) senyum macam saya

CERITA SEDANG BERMULA..1.2.3.start n go...

Bagaimana  seorang pelajar tahun akhir universiti yang  hampir bunuh diri kerana  depresi (tekanan) setelah ditinggalkan kekasih mengubah  kehidupannya 180  darjah menjadikannya insan yang paling bahagia  di muka bumi ini dengan perkahwinan  di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari  hati dan mata pena beliau.   *****   Saya  berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami  saya  berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, "Nak bagi bini makan apa?   Pasir?"   Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya  pernah  teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari  tarikh kami 'declare', untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun,  saya  ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur,  saya  hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.   Tapi selepas itu baru saya sedar  kehadiran suami saya yang sudah 4  tahun menunggu peluang. Pada mulanya,  saya ingat sekadar 'cinta  rebound', tetapi selepas 2 bulan berkenalan  dan bercintan, suami saya  melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya  ingat satu gurauan. Akhirnya  si dia berani hubungi ayah saya dan minta  izin untuk berkahwin kerana  takut kehilangan saya lagi.   Ayah  saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat  ijazah.   Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2  bulan  untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan  saya  sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami   berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran,   tiada majlis, kami bernikah.   Simple bukan? Kenapa perlu pening?   Kalau anda lelaki, anda mesti  ingin berikan segala yang terbaik untuk  bakal isteri anda.   Dan, kalau  anda perempuan seperti saya, semestinya  inginkan hantaran yang tinggi  (lulusan ijazah sekarang, hantaran  RM10K ke atas). Perlu tidak?   Maaf perempuan, kalau terasa. Saya  bukan jual diri, saya tidak  perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri  sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah  kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.   Saya perempuan  lulusan ijazah, saya ada tulang 4  kerat, dan saya boleh berusaha,  kenapa perlu mengharap dengan lelaki?  Suami bukan untuk dibebani, tapi  untuk disenangi. Isteri bukan untuk  dibeli, tapi untuk dikasihi.   Kos  kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran,  majlis,  belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan  masih  ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.   Kenapa perlu buat  majlis  di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal  untuk  katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan  peralatan.  Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul  depan  orang.   "Seganlah. Nanti orang kata apa."   "Isk, buat malu  belajar  tinggi-tinggi, tak dapat hantaran."    Hai, ni mentaliti Barat.  Bagi yang  beragama Islam, ingat rukun nikah.   Tanggungjawab selepas  kahwin yang  penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan  untuk anak  pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin  bukan murah.  Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada  RM400-500. Tapi di  hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat  tinggi sekarang.   Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di  pasar? Harga lampin pakai  buang? Dan sekarang, anda masih terfikir  pelamin itu penting? Ini tak  kira duit nak beli kenderaan, beli rumah.  Pening!!   Jadi jangan bebankan  diri anda dengan majlis perkahwinan yang  membazir dan tidak perlu.   Saya bahagia sekarang. Boleh keluar  dengan suami tanpa rasa takut dan  malu, disentuh lelaki bukan mahram.  Dan suami saya tidak perlu takut  saya diambil lelaki lain seperti dahulu.  Apa semua yang pasangan bercinta  lakukan, kini kami lakukan dengan  halal. Dan kami boleh lakukan lebih  dari itu, dengan halal. Tidak perlu  risau. Kami aman dan bahagia. Saya  dan suami masih bercinta. Masih  belajar mengenal sesama sendiri. Dan  percayalah, tak guna bercinta  lama-lama.    Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk  anda. Saya dan  suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya  mampu tanggung  hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa  menyusahkan suami?  Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi  pelajar perubatan,  anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan  yang cemerlang. Saya  tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur  cintakan suami saya. Saya  tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa  senang dengan saya.    Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang  ada saya terima.   Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami  anda. Dan  bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima  kekurangan dan  kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian,  perbezaan itu  melengkapkan.   Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga  anda semua merasa tenang dan bahagia.    - Artikel iluvislam.com    Nota : Perkongsian di atas merupakan satu contoh bahawa perkahwinan di usia muda merupakan satu pilihan atau [I]option[/I] yang ada bagi masyarakat kita. Walaubagaimanapun, keputusan mendirikan rumah tangga perlu dibuat dengan hikmah bergantung kepada keadaan pasangan masing-masing kerana kehidupan selepas bernikah adalah cabaran sebenar dan pastinya kita inginkan rumah tangga yang berkekalan sehingga akhir hayat.   "Dan  antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa  Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada  jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA  dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH  SAYANG dan BELAS KASIHAN." ([B]Surah Ar-Rum, 21[/B])

Friday, April 15, 2011

Boss!!!boleh tak saya nak cuti esok!!!!

aiyoooo..i'm not feel well...sick enough!!! pucat kesing dah muka...
Bangga giler bila my manager tak naikkan nama Ayang untuk attend OT esok..syukur alhamdullillah..
Hok a loh, tapi bangga yang sekejap jela..a few minute before time out...i got an email from my boss...hurghhhhhh I should come tomorrow...
*****Bos xnak datang keleja boleh x..boleh la..i'm not feel better.tadi pun I dah tersengguk2 hampir nak terjatuh dari kerusi..rasa cam lemah longlai dah badan*****...

Duyaiii..bos ni cam tau tau jer Ayang nak ponteng besok..she called me..remind me to attend tomorow morning..settle everything...xbersemangatnyer nak jawab,nak datang..ayrkkkkk...c my face :-( masam kan kan kan...

tapi xper, rezeki tgh masyukkkk (chewahhhh think +ve wehhhh) hehehhe....kumpul duit manyak2..mau kawen!!!!

Thursday, April 14, 2011

SERUNDING MAK MENTUA..Heeehehhehe

uitsss salamsss
Title bio beso, mencapap sikit..heheh..
Dah beberapa hari Ayang kempunan sangat nak makan makanan yang namanya SERUNDING..ekcely xderla feveret sangat,tapi entahler...makin menjadi2 plak,kalah orang mengidam..
Before this my roomate ader la beli serunding satu bekas,serunding daging..dia pelawa aYang makan..tapi Ayang wat derkkk jer..one day when she not at home, I try sikit rasa...sedapnyerrrr..nak makan bebanyak nanti habis plak..cian dia lapo balik keja...kecor air liur ni..tap tap tap (bunyi air liur meleleh)

Entah macamana, disebabkan terlalu teringin sangat..Ayang cari modal utk bersembang ngn my LURVE  pasai serunding...warggggg macam disorong bantal plak, My LURVE gtau kat mak dia Ayang nak makan serunding..wink wink wink (mata keluar gambo LURVE dh ni)...My future mom nak hanto serunding kat bakal menantu dia...
maceh mak,sayang mak..muahhhh muah muahhh...
Tetiba baik gilos ngan mak yerkkk..ooooo,kalau nak satu2 benda tu sanggup jadi xmalu..pandai dia...hehheh

Ni ada 1 lagi citer..
My lurve betui2 menguji tahap kempunan Ayang dah ni...My future mom said serunding akan dihantar by post..but my Lurve said maybe his lil brother akan hantarkan by hand (uitttt malu la)..
But hari ni macam biasa, my lurve akan call time Ayang lunch..dia cakap serunding dah hantar by post..kita ni punya la seronok tuhan saja yang tau..tersenyum jer..tak sabo nak tunggu abang posmen ketuk pintu rumah esok...but (but lagi) baru beberapa minit yang lalu my lurve call again..siap mintak maaf lagi (terfikir jugak,kenapa yerr)..rupa2nyer dia la posmen tu, konon2 nak wat surprise..tapi kantoi tgh jalan..kenderaan dia rosak..SABO JELA..alamatnyer serunding sampai esok ler..jangan tinggal bekas dah ler LurVe eak..

I WAITING MY LURVE, LAMA XJUMPA..errkkkKK baru 13 hari xjumpa dah rasa cam 13 tahu..ayarkkkkk ...syhhhhhhh malu ler (,",)
SAYANG DIA, KASIH DIA,RINDU DIA,CINTA DIA,
SEGALANYA2 MY LIFE,MY LURVE..COZ MYSELF SAID " LURVE IS MINE"


Monday, April 11, 2011

S.O.M.E.T.H.I.N.G

Dropped by here to remind me for something..and next time it easy for me to search....you are allowed to click at below homepage if you also think it useful to you soon..=)

http://www.kadkahwinmall.com

http://www.hotkadkahwin.com/kotak%20cenderahati.html

http://www.wed.com.my

www.hantarankahwin.com

Don't know which one should i start first...ok ok ok..i start with word BLURRRRR..yup BLURR gilos when my future mom (chewahhh) asked me bout wedding...
mom: yan nak tema kaler apa kawin nnt...
me: (dah ada mcm burung terbang buat bulatan kat atas kepala) don't know how to answer, coz for me the due date is far away..tooo farrrrr...tak terfikir pun ttg tu...but when i think back, ekcely times move faster, we don't realize...yeah we only have 7 or 8 month to decide everything...7 or 8???sikitnyer amount tu kan.
ayarkkkkkk!!!!
But I try make it easy even i ekcely very fussy and gelabah..everything nak perfect but at the last maybe not, but (sambil jongket bahu) it ok,at least i try my best...kan kan kan...


Sampai ke hari ni, when i've free time I'll search and searching everything relate with wedding..tema baju, gubahan hantaran, pelamin, contoh baju, kad kahwin, baca2 ttg persoalan budget kahwin..xmoh lari budget jauh sangat...xlarat nak keja hutang tu nnt...SUSAHNYER NAK KAHWIN, XKAHWIN LAGI SUSAH>>>AYrkkkkkkkk....

Thursday, March 31, 2011

TQ BOSS!!

Yeah!!! a day with a big smile...much much more....a little bit busy with work, complete last day submission of FORM E..have a good teamwork make my work going easy and smooth.
Credit to Mr.Martin..cayalah..even u younger than me, but u have a brave attitude n open minded..i really sure that u don't know my age kan kan kan..hahahha..coz i pretty sure that u judge me from my phisical..look younger than others..love it..(',) smile again...24 dah la!!! 
Then, today we receive an email mentioned that our gaji sudah masuk..yehaaaaa...tak sabarnyer rasa...bukan apa, i juz want know my income after comfirm working with this company...huhuhuhuhu, sukanyer..naik dah gaji!!!!...lurve it..much much more!!! TQ bossssss....than others, TQ gak belanja makan staff for celebrating 1 of our staff resigned today... Hurmmmm, i lurve ur word which is 'kerja takder tunggu,...run for your work!..then along my journey, i juz think your word..yeah!!! for bOsss kerja takder tunggu tungu, coz income came from kerja!!! gud gud gud....
So, balik kerja terus buat budgeting..take a pen n diary..conteng menconteng...do budget for April..no more outstanding budget..juz for remind myself, April maybe have outstation..so prepare for the money!! nak claim tunggu hujung bulan....adushhhhh