Salam ukhuwah, salam persahabatan, salam bermaaf-maafan
sucikan diri dengan sifat mahmudah, jauhi diri dari sifat mazmumah..
senyum sentiasa kerna ianya adalah satu sedekah
senyum mengeratkan persaudaraan, senyum pengubat duka
Kegembiraan dan senyuman pasti terukir bila melihat sahabat juga turut tersenyum...biarpun sedikit hati berbicara betapa sukarnya hendak mengukir sebuah senyuman..
Jadikan kesemua kawan anda sebagai aset anda..
mungkin kita tak perlukan ia hari ini...tapi kita akan perlukan ia dikemudian hari
hargai sebuah persahabatan yang terbina...kerana persahabatan itu ibarat tali yang disimpul rapi...
sekali ianya terputus, apabila disambung ia tak akan menjadi seperti yang asal..hargailah ia sementara masih ada..
Ingatlah, sehebat mana pun kita, masih ada yang terlalu kuat...sesusah mana pun kita, masih ada yang lebih susah dari kita..hargai apa adanya kita...kita adalah sebaik-baik kejadian yang diciptakan olehnya..
bagi yang bercinta tapi tak ikhlas dalam percintaan anda...renungkanlah...
Dalam kehidupan ini, tuhan memberikan kita satu sahaja peluang untuk bertemu insan yang benar2 ikhlas mencintai kita apa adanya, andainya kita tak menghargai ia, kita akan kehilangan dia buat selama-lamanya..tapi kita tak pernah tahu siapa yang menghargai dan menyayangi kita..sebab kita tak pernah menilai keikhlasan insan tersebut...esok atau lusa mungkin kita kata ada peluang kedua untuk bertemu dengannya..tapi adakah kita yang merencanakan semua kejadian??? mungkin esok atau lusa atau hari2 mendatang belum tentu dia akan muncul untuk kali kedua..kerana "hari ini tak seindah semalam" jadi..hargai ia apa adanya..
No comments:
Post a Comment
Do leave a comment..thank you